Memandangmu, Membuat Hati Ketawa,
Melihatmu, Hilang Segala Gundah Gulana,
Mendengar Alunan Suaramu, Runtunlah Jiwa,
Bertemu Denganmu, Nikmat Bertuah Dirasa…
Mengenalimu, Timbul Pula Perasaan Malu,
Akal Terima Ya, Hati Kata Tunggu,
Jasad Memberontak Mahu, Biar Waktu Menetu…
Engkaulah Dipuja Seluruh Manusia Biasa,
Hadirnya Tak Dijemput, Perginya Menderita Seksa,
Keinginan Antara Dua Jalan, Buntu Di Persimpangan,
Keputusan Harus Tepat, Dilema Dalam Pilihan,
Yang Diturut Nafsu, Atau Kemanisan Iman…
Puas Di Dunia Mahupun Mulia Disisi Tuhan.
Inilah Cinta,
Siapa Tak Mahu Bila Jumpa,
Semua Kata Akan Dikota, Janji Tak Dimungkiri,
Manis Bicara Belaka, Tak Kusut Mencuka,
Bahagia Sentiasa Berbunga-bunga, Tak Wujud Langsung Erti Derita….
Indahnya Harap Lama, Tapi Sayang Ada Jua Sementara…
Inilah Adat Bercinta, Tiada Jaminan Kekal Hak Kita…
Bila Bercinta,
Terimalah Dia Seadanya, Hargainya Setiap Masa,
Nampak Kurang, Percukupkanlah,
Kamu Pelengkap Yang Dia Tiada,
Kamu Cahaya, Saat Dia Gelap Gelita,
Kamu Ubatnya, Bila Dia Rebah Merana,
Baginya, Kamulah Peneman Setia…
Bahagiakanlah Hati-Hati Orang Yang Bercinta,
Egomu Tunduklah, Jangan Memaksa,
Rasailah Pengorbanannya, Syukuri Yang Ada,
Capailah Impian Untuk Terus Bersama,
Itulah Harapan Pasangan Suci Nan Murni,
Nodanya Tak Dilayan, Masih Waras Jaga Batasan,
Tahu Akibat Bila Berpaling Dari Nikmat,
Akan Khaliq Balas Setiap Perbuatan..
Dari Jauh Tersudut,
Aku Terpesona Dengan Keanggunan Dia,
Disapa Rakan, Ku Sedar Dalam Angan,
Tak Berkelip Melihat Tingkahnya,
Meronta Rasa, Tak Tahu Dari Mana Punca,
Tak Sengaja, Ia Datang Percuma
Ku Langkah Perlahan,
Genggam Erat Buku Di Tangan,
Lalu Sebelah Dia Dengan Sengaja,
Tak Bersapa Tunduk Segan,
Ku Pandang Semula, Dia Senyum Selingan..
Aku Mula Jadi Tak Keruan..
Dia Wanita Yang Dicintai,
Aku Lelaki Yang Memerlukan Isteri,
Bukan Cinta Yang Dicari,
Tapi Redha Hidup Sempurna Diberkati,
Cukupku Tahu Dia Menerima,
Tak Perlu Ku Kejar, Hari-Hari Nak Bersama,
Biar Dia, Pencipta Yang Jaga,
Usaha Dan Ikhtiar Ku Perlu,
Selebihnya Hak Yang Berhak Penentu,
Pagi Itu,
Aku Lihat Cermin,
Perkemaskan Kopiah Putih Yang Dia Beri,
Niat Hati Untuk Bertemu Membalas Kembali,
Berjumpa Di Medan Ramai,
Hatiku Berdegup Kencang Melihat Dia Berhijab Hitam,
Tanpa Berkata,
Ku Terus Menghulur Sebuah Hadiah Istimewa,
Dia Terima Dengan Airmata,
Dia Lemah Manja, Bertahan Dari Kehendak,
Saat Jumpa, Itulah Kali Kedua,
Jarang Sekali Bertemu Muka,
Adapun, Hanya Bertanya khabar Berita,
Demi Menjaga Ketertinggian Cinta…
Sayang,
Aku Bukan Yang Terbaik Untuk Kamu,
Ada Insan Lebih Sempurna Untuk Jaga Kamu,
Andai Engkau Temui, Pergilah Ke Sana,
Hidup Denganku, Janganlah Derita,
Ku Rela Demi Melihat Engkau Ceria,
Tapi Rindu,
Andai Engkau Milikku,
Akanku Jadikan Engkau Isteri Yang Terbaik Di Dunia,
Bidadari Pun Cemburu Melihat Kita,
Akan Ku Bahagiakanmu Setiap Masa Berlalu,
Ini Janji Bukan Palsu.
Yakinlah Wahai Pemilik Khazanah Cinta,
Raja Yang Mulia Akan Bersama Permaisuri Yang Mulia,
Sedarkan Kita Wahai Ini Pentas Opera,
Hanya Melakonkan Watak Semula,
Selamanya Jodoh Itu Telah Lama Ada,
Ia Takdir Takkan Kecewa,
Dalam Bungkusan Istimewa Itu,
Ku Abadikan Sejadah Cinta..
Seelok Mana Kita Jaga Cinta,
Tanpa Cinta Yang Esa…
Ia Sia-Sia…
Tidak ada komentar:
Posting Komentar